Skip to main content
Aktiviti

MAJLIS BERBUKA PUASA 2025

By 06/04/2025May 27th, 2025No Comments

MAJLIS BERBUKA PUASA

Lokasi: Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu
Tarikh: Sepanjang Bulan Ramadhan

Pengenalan

Majlis Berbuka Puasa ini telah diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli kariah serta memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan ibadah di bulan yang mulia ini.

Butiran Pelaksanaan

  • Bilangan Hari: Setiap hari sepanjang Ramadhan

  • Jumlah Hidangan Disediakan: 22 hidangan (Ditambah mengikut keperluan)

  • Anggaran Kehadiran Harian: Bermula dengan 88 orang, meningkat sehingga mencecah 120 orang setiap hari menjelang pertengahan hingga akhir Ramadhan.

  • Jenis Hidangan: Pelbagai jenis lauk-pauk telah disediakan secara kontrak dengan penyedia makanan, merangkumi juadah tradisional dan moden bagi memenuhi selera para jemaah.

Pendapatan & Perbelanjaan

Pendapatan

Saluran Kutipan Feb Kutipan Mac Jumlah
Sumbangan individu tunai

4,214.70

9,502.34

13,452.34

Penggunaa QR kod

3,178.10

3,178.10

Sumbangan VIP

25,000.00

25,000.00

50,000.00

JUMLAH

29,214.70

37,680.44

66,895.14

 

Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan

RM

Majlis berbuka puasa

56,440.00

Saguhati petugas berbuka puasa

6,370.00

Sewa rumah Imam teraweh

3,700.00

Saguhati imam teraweh

4,000.00

Kuih berbuka puasa

2,323.00

Peralatan & air mineral

174.70

JUMLAH

73,007.70

Kesimpulan

Secara keseluruhan, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Penambahan jumlah kehadiran menunjukkan keberkesanan program ini dalam menarik penyertaan masyarakat. Adalah disyorkan agar program seperti ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan perancangan yang lebih awal dan sokongan padu dari semua pihak.