Skip to main content
About Us

Masjid Rumah Kami

Sejarah Ringkas Masjid A`ishah Sungai Menghulu

Masjid A`ishah dibina di atas tanah PT2558, Sungai Tarum dengan keluasan ,0.536 hektar. Pada asalnya merupakan sebuah surau, balairaya dan bersebelahan tanah perkuburan. Oleh kerana sekian lama penduduk Kampung Sungai Menghulu berkariahkan khariah Kelibang dan hasrat mendirikan sebuah masjid.akhirnya tercapai apabila diluluskan pecah kariah pada tahun 23 Julai 1993. Allayarham Dato` Harun Din orang yang bertanggungjawab membeli tanah tambahan seluas 1 ekar.

Sebelum bangunan kekal siap dibina sebanyak 18 kali sembahyang Jumaat diadakan di bangunan sementara di surau yang diubahsuai .

Masjid yang bernilai RM 3 juta mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada hujung tahun1997. Kos pembinaan dibayai dengan sumbangan anak kariah sebanyak RM600,000.00 sebagai asas dana dan selebihnya kos pembinaan dibiayai oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain pemilik RHB Bank. Masjid ini mula digunakan pada 25 Disember 1997 dan Dato`Harun Din sebagai pembaca khutbah Jumaat yang pertama. Sebagai mengenang jasa murni penyumbang terbesar , masjid dberi nama Masjid A`ishah iaitu sempena nama bonda Tan Sri Abdul Rashid Hussain . Masjid A`shah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 30 April 1999 bersamaan14 Muharram 1420 Hijrah.Masjid pertama di Langkawi dilengkapi penghawa dingin.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Mesra pelanggan ,mesra steakholder.
  2. Bertindak pantas dan professional.
  3. Menyelesaikan masalah anak kariah dengan penuh bijaksana.
  4. Peka kehendak pelanggan.
  5. Menyediakan keselesaan pelanggan.
  6. Masjid terbuka untuk semua pelanggan.
  7. Mesra ilmu sebagai tempat mendapatkan ilmu akhirat.
  8. Helang merah – pantas menyambar peluang.
Visi

Pengurusan cemerlang melestarikan keunggulan akidah dan perpaduan anak kariah.

Misi
  1. Meningkatkan keupayaan pengurusan masjid kearah lebih sistematik dan professional.
  2. Meningkatkan program imrah masjid. Menjadikan masjid pusat keagaaman anak kariah.
  3. Masjid sebagai platform perpaduan dan aktiviti kemasyarakatan.
  4. Tumpuan program peringkat daerah.
  5. Masjid untuk semua muslimin dan muslimat.
  6. Masjid ceria masyarakat selesa.
Perutusan Imam

Alhamdulillah, saya merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Saudaraku,
Dalam era perkembangan teknologi masa kini, manfaat yang ada dipersekitaran perlu di gunakan sepenuhnya agar ia dapat memberi manfaat kepada semua lapisan Masyarakat dan lebih-lebih lagi ummah sejagat. Oleh itu, pihak masjid telah bergerak bagi menaiktaraf fasiliti teknologi sebagai alat bagi mereealisasikan visi dan misi yang ditetapkan. Anataranya adalah laman sesawang rasmi masjid.

Saya mengalu-alukan anda melayari laman sesawang Masjid A’ishah, Kg. Sg. Menghulu sebagai agen pengantara dan penyebaran maklumat dan informasi yang cukup berkesan di zaman ini. Menerusi kewujudan laman sesawang ini, proses penyampaian maklumat kini menjadi lebih mudah dan cepat. Transformasi ini sekaligus memastikan mesej penting kepada masyarakat dapat disalurkan dengan lebih meluas dan berkesan.

Laman sesawang Masjid A’ishah, Kg. Sg. Menghulu ini pastinya akan menjadi medium rasmi untuk masyarakat mengenali dengan lebih dekat sekaligus mencintai masjid ini. Laman Sesawang rasmi ini juga akan dimanfaatkan oleh pihak masjid bagi menghebahkan semua aktiviti-aktiviti pengimarahan yang telah dan akan dilaksanakan di masjid ini.

Akhirnya, saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan laman sesawang Masjid Putra ini. Harus diakui, ini adalah sebahagian daripada hasil usaha keras yang telah diberikan dan semangat ini harus dikekalkan dalam memastikan laman sesawang ini terus berada dalam keadaan yang terbaik. Saya juga mengalu-alukan kunjungan semua ke laman sesawang ini dan diharapkan dengan kewujudan laman sesawang ini dapat memenuhi keperluan masyarakat dalam mendapatkan serta memanfaatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Sekian terima kasih.

IMAM
MASJID A’ISHAH, KG. SG. MENGHULU, LANGKAWI

Swipe for gallery