Skip to main content
Permohonan Bantuan

Sambungan Pengajian Ke Peringkat Diploma Sarjana

HEBAHAN: TAWARAN BANTUAN PENDIDIKAN MASJID AISHAH

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perhatian kepada semua warga kariah Sungai Menghulu yang dikasihi. Pihak Jawatankuasa Masjid Aishah sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan pemerkasaan ilmu dalam kalangan generasi muda kita. Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama dalam mengubah masa depan ummah.

Sehubungan dengan itu, kami sukacita menjemput para pelajar yang merupakan anak kariah Masjid Aishah dan telah berjaya mendapat tawaran atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk memohon bantuan pendidikan bagi sesi pengajian tahun ini.

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam kariah Sungai Menghulu.

  • Telah menerima surat tawaran atau sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf.

  • Berasal daripada keluarga yang memerlukan (keutamaan kepada asnaf dan golongan B40).

Cara Memohon:

Borang boleh di isi melalaui borang talian di ‘link’ dibawah. Sila lampirkan dokumen sokongan seperti surat tawaran belajar.

Jangan biarkan kekangan kewangan menjadi penghalang untuk anda mengejar impian. Marilah kita bersama-sama memastikan anak-anak Sungai Menghulu terus cemerlang di menara gading.

Tarikh tutup permohonan: Semak kelayakan di borang atas talian

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK Masjid.

Sekian, terima kasih.

“Ilmu Penyuluh Hidup, Kariah Sejahtera”

PermohonanSemak Permohonan

Swipe for Rental Spaces