Skip to main content
Announcement

Wakaf Bagi Menggantikan Karpet Ruang Solat Utama Masjid Aishah

By 16/11/2023January 10th, 2024No Comments
Wakaf Karpet Masjid

TUJUAN KERTAS KERJA
Cadangan Wakaf Bagi Menggantikan Karpet Ruang Solat Utama Masjid Aishah, Kg. Sungai Menghulu, Langkawi Kedah Darul Aman.

1. PENDAHULUAN
Masjid Aishah, Kg. Sungai Menghulu telah didirikan pada tahun 1997 melalui sumbangan individu korporat dan orang ramai. Pembinaan ini telah mengambil masa 2 tahun dan dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 30 April 1999 bersamaan 14 Muharram 1420 Hijrah. Antara tarikan masjid ini adalah kedudukannya yang berada dijalan utama yang menghubungkan Kuah dan Padang Matsirat selain dari keselesaan kemudahan parkir dan kemudahan asas lain.

Sejak bangunan ini diserahkan kepada penduduk Kg. Sungai Menghulu, semua pengurusan masjid ini telah dibuat sepenuhnya oleh AJK yang dilantik melalui sumbangan orang ramai dan individu korporat. Bagi tempoh lebih 20 tahun, masjid ini telah melakukan 2 kali penyelenggaraan secara besar-besaran dengan mengecat semula (2011 & 2022) dan penukaran karpet lebih 10 tahun yang lalu. Dengan keluasan keseluruhan hampir 7,811 kaki persegi. Proses penyelenggaraan ini dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan individu korporat.

Bagi tahun 2024, pihak pengurusan Masjid Aishah bercadang bagi menggantikan karpet yang telah berumur lebih 12 tahun. Sejajar dengan keadaan fizikal sekarang, penggantian karpet baru adalah cadangan yang baik bagi memastikan semua jemaah yang ke masjid ini berada dalam keadaan selesa untuk beribadat terutamanya anak kariah yang sentiasa menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti pembangunan masyarakat selain tempat beribadat.

2. MATLAMAT
Keselesaan dalam beribadat adalah penting bagi memastikan individu memperoleh keredhaanNya. Perkara ini melibatkan perlbagai faktor seperti penghawa dingin, bauan yang selesa dan sudah tentunya karpet.

  1. 2.1. Penggantian karpet ini adalah bagi memberi keselesaan kepada para anak jemaah dan orang ramai yang singgah bagi mengerjakan ibadah.

2.2. Memberi peluang kepada anak kariah dan juga orang untuk berwakaf

2.3. Menarik lebih ramai jemaah melalui keselesaan tempat beribadah

3. PERINCIAN PROJEK
3.1 Kaedah perlaksanaan
i. Tempoh wakaf : 1 Februari – 20 April 2024 (80 hari)
ii. Kos keseluruhan adalah sebanyak RM100,000.00 dengan perkiraan berikut.
– 7,811k/p X RM13.00 = RM101,543.00
– Pembekal cukupkan harga sebanyak RM100,000.00
– Sumbangan beberapa sejadah
iii. Pembayaran deposit 30% (RM30,000.00) kepada pembekal akan dibuat pada sebelum 29 Februari 2024.
iv. Baki nilai wakaf yang dibuka kepada orang ramai adalah sebanyak RM70,000.00
v. Harga wakaf adalah RM13.00 / kaki
vi. Pemasangan akan dibuat pada minggu pertama bulan Mac 2024 (1-8 Mac)
vii. Pembayaran kepada pembekal akan dibuat sepenuhnya pada 20 April 2024.
3.2 Kaedah kutipan wakaf
i. Penyediaan QR Kod khas melalui akaun Bank Islam
ii. Kutipan melalui Toyyipay (www.masjidaishah.my)
iii. Jualan kupon melalui AJK dilantik
iv. Tunai melalui tabung setiap Jumaat sahaja
3.3 Perkhidmatan selepas jualan
i. Pembekal akan melakukan pemeriksaan setiap bulan
ii. Perkhidmatan ‘vacuum cleaner’ setiap bulan selama 10 tahun

4. PENUTUP
Pihak pengurusan Masjid Aishah pada dasarnya tiada sebarang halangan bagi melakukan pembelian keseluruhan karpet seperti biasa namun kaedah wakaf ini dipilih bagi memberi peluang kepada orang ramai terutamanya anak kariah untuk melakukan wakaf terutamanya pada bulan Ramadhan yang akan datang. Dengan izinNya kita sentiasa dirahmati oleh Nya.