
Tujuan
Sistem audio/pembesar suara masjid telah beroperasi semenjak awal tahun 2000. Dalam tempoh 22 tahun sistem sedia ada telah dinaiktaraf beberapa kali berdasarkan kesesuaian semasa. Keadaan ini telah menyebakan ketidak seimbangan sistem input berbanding output. Dan ainya perlu sering dibaikpulih agar syiar dapat terus disempurnakan.
Bagi memastikan perkara ini tidak berulang dan dapat diminimumkan kos pembaikan, penggantian keseluruhan adalah jalan terbaik bagi memastikan perkara asas ini dapat diselesaikan bagi tempoh jangkamasa panjang. Mesyuarat Jawatankuasa pada xx Februari 2025 memutuskan penggantian keseluruhan sistem bagi sambutan Ramadhan 2025.
Kaedah perlaksanaan
3 syarikat dijemput bagi mengemukakan anggaran harga berdasarkan spesifikasi yang yang telah dikenalpasti. Namun 1 syarikat tidak menyatakan minat dan 2 syarikat telah menyediakankan harga anggaran iaitu 74,140.00 dan 83,223.00. Mesyuarat bersetuju utk menerima tawaran dari syarikat yang menawarkan harga yang lebih rendah dengan spesifikasi yang sama. Berikut adalah ringkasan tawaran harga yang dikemukakan.
Kesimpulan
Alhamdulillah sistem ini dapat digunakan dengan baik walaupun setelah 4 hari Ramadhan. Namun begitu bagi memastikan pihak pembekal bertanggungjawab sepnuhnya. Persetujuan dicapai bagi sebahagian sejumlah RM4,000.00 ‘disekat’ sehingga tempoh 6 bulan. Pembayaran penuh akan di buat setelah semua perkhidmatan ini dilaksanakan sepenuhnya dan pihak Masjid bersetuju.