Skip to main content
Event

Penyerahan Projek Tembok Penahan Hakisan T2

By 19/11/2023November 10th, 2024No Comments
Penyerahan Projek T2 oleh ICU

Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Aishah-Batu Hampar (T2) telah berjaya dinaiktaraf dengan pembinaan tembok penahan hakisan yang di bangunkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) pada 14 Disember 2023 lalu.

Projek ini telah mengambil masa selama 4 bulan untuk disiapkan oleh kontraktor Rancang Bina Enterprise dengan baiknya walaupun keadaan hujan yang lebat pada Oktober lalu. Tembok berbentuk ‘L’ ini dibina dengan ketinggian 7 kaki dan sepanjang 87 meter berserta penyediaan pagar dan pembaikan tembok pagar sediada yang melibatkan kos lebih RM400 ribu. Tapak T2 ini dijangka akan memuatkan seramai 1000 jenazah kelak.

Pihak pengurusan Masjid Aishah menjangkakan keperluan tanah perkuburan ini akan mendesak bagi tempoh 10 tahun akan datang disebabkan pertambahan perumahan di sekitar kariah dan ini memerlukan kawasan tanah perkuburan yang bersedia dengan kemungkinan ini. Bagi tujuan berkenaan, semua anak kariah perlu bekerjasama bagi memastikan tanah perkuburan T1 & T2 digunakan sepenuhnya dan berusaha untuk mendapatkan tapak perkuburan yang baru kelak.

Pihak ICU, Kedah telah melakukan penyerahan projek ini di Dewan Serbaguna Masjid Aishah pada 12 Januari 2024 dalam majlis ringkas yang juga turut dihadiri oleh Pejabat Agama Daerah Langkawi, Pejabat Daerah & Tanah Langkawi dan kotraktor dilantik.

Semoga T2 ini dapat digunakan sebaiknya oleh kita semua anak kari Masjid Aishah. Tahniah..!!