Skip to main content

Tujuan

Sistem ini bertujuan bagi memaklumkan kepada jemaah informasi, ringkasan hadis & dan Al-Quran dan waktu solat sebagai asas bagi semua solat waktu di masjid.

Sistem ini bagi menggantikan jam digital kaedah nombor yang telah tersedia selama hampir lebih 10 tahun. Jam ini telah mengalami kerosakan pada hari raya ke-2 dan keseluruhan sistem telah mengalami kerasakan.

 

Perlaksanaan

Sepertimana maklumat yang diselidiki pada 2 tahun lalu pembekal sediada menawarkan perkhidmatan melalui sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM200.00-RM300.00 sebulan. Jumlah ini kurang realistik bagi tempoh jangkamasa panjang yang akan menelan belanja yang tinggi.

 

Pencari sistem masjid4u melalui media sosial mendapati pengalaman pemasangan telah dilaksanakan di kebanyakkan negeri selain beberapa faktor lain diambil kira. Seperti ;

  1. Pembekal beroperasi di utara iaitu di Kuala Nerang kedah
  2. Pembayaran sekali iaitu sebanyak RM1,800.00 termasuk device.
  • Pengurusan sistem yang lebih mudah user friendly-android box
  1. Dashboard yang lebih bersih

Kos pembelian

Terdapat 2 item utama sistem ini, iaitu;

  1. Hardware

TV baru diperlukan bagi pemasangan di tapak jam digital yang rosak. Pembelian di buat untuk TV bersaiz 55inci jenama Caixun yang sesuai dengan harga memandangkan TV ini hanya digunakan untuk memaparkan waktu solat. Kos keseluruah termasuk cable & rack adalah berjumlah RM2,134.00

 

2. Software

Software bernilai RM1,800.00 telah ditaja sepenuhnya oleh anak kariah dan pemasangan telah dibuat pada 15 April 2025.

 

3. Pemasangan cable HDMI

Masih belum menerima bil yang dianggarkan RM350.00-RM500.00

Pembekal sistem ini https://masjid4u.com/